Berita SemasaHiburan

Badrul Muhayat meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon, Badrul Muhayat dilaporkan meninggal dunia dalam tidur, pagi tadi.

Berita duka itu dikongsikan pelakon Anne Abdullah menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.

Dalam hantaran tersebut, Anne memberitahu Badrul ditemui sudah tidak sedarkan diri di rumah penginapannya di Pulau Pinang.

Difahamkan pelakon berusia 55 tahun bersama beberapa selebriti lain berada di pulau mutiara itu kerana menyertai sebuah karnival di Seberang Perai.

Show More

Related Articles

Back to top button