Berita Semasa

Terbuka Perancis: Zii Jia gagal ulangi magis, tewas kepada pemain China

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia gagal meneruskan kemaraan dalam Terbuka Perancis selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng sebentar tadi.

Zii Jia tewas dengan rubber set 17-21 21-11 21-12 kepada pemain pilihan kelapan kejohanan.

Pemain utama negara itu tampil garang pada set pertama dengan menang 21-17.

Bagaimanapun pada set kedua, Zii Jia seperti hilang rentak apabila tewas 11-21.

Memasuki set ketiga, Zii Jia tampil garang pada permulaan set sehingga jauh mendahului lawan, namun Shi Feng berjaya menyamakan kedudukan pada mata 10-10 sebelum terus mengorak langkah meninggalkan jauh pemain di ranking ke-11 dunia itu.

Semalam Zii Jia berjaya membalas dendam dengan menewaskan Juara Terbuka Denmark dari China dengan straight set.

Kemenangan itu memberi harapan untuk peminat badminton melihat pemain perseorangan lelaki itu melangkah lebih jauh dalam Terbuka Perancis.

Show More

Related Articles

Back to top button