Berita Semasa

Lelaki maut kereta masuk longkang

MELAKA – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Durian Daun, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa Tey Shen Hao, 26, yang tidak bekerja maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Sebukor dan memandu kereta Proton Saga dari arah bandar Melaka menghala ke Bukit Baru.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan tercampak ke longkang di hadapan Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun,” katanya kepada BH Online.

Christopher berkata, setakat ini belum ada mana-mana saksi kejadian tampil memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Show More

Related Articles

Back to top button