Berita Semasa

Bad Indigo meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bad Indigo, 48, meninggal dunia hari ini.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia di bengkel tempat kerjanya.

Berita duka itu turut dikongsi oleh rakan Allahyarham termasuk penyanyi kumpulan KRU, Norman yang pernah mencungkil bakat kumpulan itu dalam laman Facebooknya.

“Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga tenang di sana bersama orang-orang yang beriman, Bad,” tulisnya.

Sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot ekoran penyakit kencing manis yang dihadapinya.

Allahyarham pernah menjalani pembedahan membuang tiga jadi kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Dia kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan alat ‘walker’ dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan.

Show More

Related Articles

Back to top button