Berita Semasa

Lagi bayi meninggal dunia setelah ditinggalkan dalam kereta

CYBERJAYA – Seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan parkir sebuah universiti awam di Kuala Nerus, Terengganu semalam.

Laporan Harian Metro menyebut, Ketua Polis Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din sebagai berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh kakitangan pusat kesihatan universiti itu pada pukul 4.30 petang.

“Sebaik menerima laporan, pihak polis ke lokasi kejadian dan mendapati bayi terbabit sudah meninggal dunia.

“Berdasarkan siasatan awal, bapa bayi berkenaan dikatakan terlupa menghantar anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak dalam kampus itu.

“Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan kita masih menyiasat kejadian ini,” katanya selepas Latih Amal Bencana Udara 2024 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.

Katanya, keterangan akan diambil daripada penjaga bayi bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan emosi keluarga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button