Berita SemasaPM X

Guna bahasa kebangsaan dalam urusan kerajaan

CYBERJAYA – Semua pihak diingatkan supaya menggunakan bahasa kebangsaan ketika berurusan dengan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mana-mana pihak yang menggunakan selain bahasa kebangsaan termasuk dalam urusan surat-menyurat, ia akan dipulangkan.

“Saya ingin peringatkan hal ini dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan supaya arahannya siapa sahaja menulis selain bahasa kebangsaan surat itu akan dipulangkan. Ini tidak akan menjadikan kita sempit.

“Saya tidak meremehkan (bahasa Inggeris) tetapi perlu mengakar di bumi berhubung pemerkasaan budaya dari sudut bahasa, sastera sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa,” kata Anwar dalam ucapannya ketika merasmikan Karnival Dekad Bahasa dan Dekad Membaca Kebangsaan di Universiti Multimedia, di sini hari ini.

Beliau menambah, kekeliruan mengenai penggunaan bahasa dalam soal hubungan perdagangan antarabangsa yang lebih menggunakan bahasa Inggeris, bukan satu alasan untuk membelakangkan asas Perlembagaan mengenai menggunakan bahasa kebangsaan dalam perhubungan dengan jabatan kerajaan.

“Jangan cuba remehkan, arahan jelas bahawa tidak akan melayani sebarang surat yang disampaikan oleh rakyat, syarikat tempatan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan,” kata Anwar lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button