Berita Semasa

Daging katak dijual sebelah ikan di sebuah pasar raya terkenal?

KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan mendakwa sebuah pasar raya di Selayang di sini menjual daging katak secara terbuka.

Menurut pengguna akaun Facebook, Azmi Ahmad Anuwar, lebih menjijikkan apabila daging katak yang telah disiat kulitnya diletakkan bersebelahan ikan.

“Kejadian berlaku apabila makanan haram bercampur dengan yang halal dijual secara longgok di pasar raya itu.

“Jadi berhati-hati apabila membeli di pasar raya ini,” dakwanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, aduan juga telah dibuat kepada pihak berkuasa dan pasar raya berkenaan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, menjawab komen pengguna lain dalam hantarannya sama ada ia daging puyuh, Azmi mendakwa, dia telah bertanya kepada penjual di bahagian tersebut yang mengesahkan bahawa ia adalah daging katak.

Malah katanya, penjual itu turut mencadangkan daging katak itu sedap dimasak sambal.

Show More

Related Articles

Back to top button