
PM Anwar gesa hentikan serangan di Gaza
KAHERAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak termasuk kuasa-kuasa besar agar meredakan sementara konflik yang meruncing di Gaza ketika ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata serangan yang mengakibatkan kematian kanak-kanak, wanita dan rakyat Palestin yang tidak berdosa di Gaza mesti dihentikan.
“Malaysia bukanlah negara besar, bukan negara Arab, bukan negara Teluk yang berjiran dengan Palestin. Tetapi kita bertanggungjawab menyuarakan hati nurani umat dan rakyat Palestin,” katanya memetik laporan Bernama.
Terdahulu, Anwar berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan diaspora dan pelajar Malaysia yang dihadiri kira-kira 1,200 tetamu di sini, malam tadi.
Hadir sama, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan, Duta Besar Malaysia ke Mesir Zamani Ismail dan pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di Kaherah.
Tambah Anwar, beliau juga kesal kerana negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah seolah-olah ‘tidak mempunyai masa’ untuk menghentikan kezaliman, penindasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin di Gaza selain bersikap dingin terhadap usaha penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |