Jenayah & Mahkamah

Lelaki ‘bertudung’ mengintai di tandas wanita ditahan

PASIR GUDANG – Seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita dipercayai untuk mengintai wanita di dalam tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan oleh orang awam yang juga pekerja di pasar raya berkenaan dan kemudian diserahkan kepada polis.

“Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, permohonan reman ke atas suspek juga akan dibuat bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk siasatan lanjut.

Dalam video yang tular semalam, seorang lelaki ditahan oleh orang awam dipercayai kakitangan sebuah pasaraya selepas suspek berjaya diberkas.

Dalam perbualan itu, suspek dikatakan telah memakai pakaian seperti wanita termasuk mengenakan tudung, kasut wanita dan berinai pada kuku.

Suspek yang mengaku sudah berkahwin merayu supaya dimaafkan dan dilepaskan selain mendakwa mengalami gangguan perasaan yang menyebabkannya bertindak demkian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button