
TH beri amaran scam pelaburan dari media sosial
KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) memberi amaran kepada pendeposit supaya berhati-hati terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan segera dan berganda melalui medium media sosial.
TH menerusi satu kenyataan berkata, tawaran pelaburan melalui Facebook dan TikTok itu mensasarkan orang ramai dengan menjanjikan keuntungan dalam masa singkat.
“Iklan-iklan ini akan dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp untuk terus memperdaya orang ramai dengan menjanjikan keuntungan tinggi dan pantas.
“Orang ramai terutamanya pendeposit TH perlu berhati-hati untuk tidak mudah percaya dan terjerat dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim-skim meragukan,” katanya.
TH berkata, antara modus operandi penipuan yang dilakukan adalah dengan menyamar dan menggunakan logo agensi berkenaan dan menawarkan skim pelaburan yang menguntungkan.
Justeru TH mengingatkan orang ramai terutama pendepositi supaya mendapatkan maklumat yang sah di platform komunikasi rasmi atau berhubung dengan talian Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |