Berita Semasa

Pembatalan program Solidariti UiTM Bersama Palestin cetus tanda tanya

KUALA LUMPUR – Pembatalan saat akhir program ‘Solidariti UiTM Bersama Palestin’ di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat lalu mencetuskan tanda tanya banyak pihak.

Ahli Dewan Negara, Senator Prof Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, pembatalan program itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan medan untuk rakyat negara ini menyatakan sokongan rakyat terhadap rakyat Palestin.

Sehubungan itu beliau mendesak supaya Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM (ACIS) tampil memberikan enjelasan mengenai perkara itu.

Katanya, program perhimpunan menyokong perjuangan Palestin yang dizalimi oleh Zionis itu dibatalkan beberapa minit sebelum majlis bermula.

“Majlis dibatalkan beberapa minit sebelum bermula. Penganjur perlu memberikan penjelasan,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook beliau.

Menerusi hantaran lain, bekas Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu turut memuat naik surat jemputan progam ‘Solidariti UiTM bersama Palestin’ bertarikh 16 Oktober 2023.

Beliau dijemput untuk hadir sebagai penyajak dalam program yang dijadualkan pada 20 Oktober jam 2 petang selepas solat Jumaat.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), HALUAN Palestin dan persatuan-persatuan pelajar UiTM.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian

Show More

Related Articles

Back to top button