Berita Semasa

Rafizi stabil selepas alami serangan jantung – Dr Zaliha

IPOH – Keadaan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli disahkan stabil selepas difahamkan mengalami serangan jantung, baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, hari ini.

“Alhamdulillah, dua hari lalu saya dimaklumkan beliau semakin sihat dan insya Allah tidak lama lagi beliau dapat melaksanakan tugasnya.

“Kita doakan yang terbaik untuk beliau,” jawab Dr Zaliha ringkas pada sidang akhbar selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.

Sebelum ini, desas desus ada menyebut bahawa Ahli Parlimen Pandan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami serangan jantung.

Difahamkan juga, Rafizi berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung.

Show More

Related Articles

Back to top button