
Yayasan Restu sasar RM3 juta dari kempen wakaf al-Quran
Dana al-Quran mushaf Palestin itu akan dialirkan seratus peratus untuk menyokong umat Palestin di Gaza
PUTRAJAYA – Yayasan Restu menyasarkan sebanyak RM3 juta menerusi Kempen Infak dan Wakaf 1 juta al-Quran bagi membantu umat Islam di Palestin yang sehingga ke hari ini masih berdepan dengan peperangan.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebanyak 30,000 naskah al-Quran akan dicetak bagi kumpulan pertama dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Katanya, dana wakaf al-Quran Mushaf Palestin yang berharga RM100 tersebut, akan disumbangkan 100 peratus kepada mangsa perang di Palestin.
“Kesemua jumlah infak akan disumbangkan bagi tujuan perubatan, pemakanan, pembinaan Masjid Saidina Ali yang turut menjadi Pusat al-Quran dan al-Hadith di Gaza,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, Ahmad melancarkan Majlis Pelancaran Kempen Infak dan Wakaf 1 Juta al-Quran Edisi Palestin di Nasyrul Quran di sini, hari ini.
Tambah Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, pengagihan al-Quran Mushaf kepada penduduk Palestin itu akan menjadi simbol semangat bagi menentang kekejaman regim zionis.
Mengulas lanjut, Ahmad menyeru semua yayasan-yayasan lain untuk turut sama mengambil bahagian dalam menjalankan kempen membantu Palestin selain berterima kasih kepada Yayasan Restu atas inisiatif tersebut.
“Yayasan-yayasan yg lain dan badan bukan kerajaan (NGO) lain dialu-alukan dan tidak ada siapa yang menghalang asalkan betul tujuannya serta matlamatnya sampai,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |