Luar Negara

Selepas hospital, gereja jadi tempat perlindungan orang awam dibom

GAZA – Selepas mengebom hospital, rejim Israel terus menggila dengan menyasarkan sebuah gereja tertua di sini yang menjadi tempat perlindungan orang awam.

Dalam serangan awal pagi tadi Gereja Ortodoks Rom di sini rosak teruk dan mengorbankan ratusan nyawa termasuk kanak-kanak.

Difahamkan ketika kejadian terdapat kira-kira 500 penduduk Palestin yang berlindung di geraja yang antara tertua di dunia itu.

Dalam pada itu, menurut jurucakap gereja itu dalam satu kenyataan, tindakan pengeboman itu merupakan satu jenayah perang dan tidak boleh dibiarkan.

“Tindakan Israel menyasarkan gereja dan institusi mereka, bersama-sama dengan tempat perlindungan yang mereka sediakan untuk melindungi rakyat yang tidak bersalah, terutamanya kanak-kanak dan wanita yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara ke atas kawasan kediaman sejak 13 hari lalu, merupakan jenayah perang yang tidak boleh diabaikan,” katanya.

Sementara itu memetika laporan media Israel, Jurnal, jurucakap tentera berkata, mereka akan lihat semula perkara berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button