Berita Semasa

Israel benar bantuan ke Gaza, tapi terlalu sedikit

GAZA – Hanya 20 trak bantuan kemanusiaan dilapor dibenarkan memasuki Gaza melalui Rafah, Mesir selepas pengumuman Israel mengenai perkara itu.

Jumlah bantuan itu bagaimanapun jauh terlalu kecil berbanding 2.4 juta penduduk di Gaza yang terputus bekalan makanan sejak peperangan tercetus hampir dua minggu lalu.

Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu semalam mengumumkan keputusan kabinetnya untuk membenarkan penghantaran bantuan selepas pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

“Berdasarkan permintaan Presiden Biden, Israel tidak akan menggagalkan bekalan bantuan kemanusiaan melalui Mesir selagi bekalan itu tidak sampai kepada Hamas,

Perkembangan itu bagaimanapun dikritik pelbagai pihak kerana disifatkan tidak memadai keperluan dan terlalu lambat disalurkan.

Penganalisis Al-Jazeera, Marwan Bishara berkata, pengumuman itu seolah-olah perkara sia-sia yang dilakukan oleh Biden selepas menempuh perjalanan 13 jam dengan pesawat Air Force One.

Tindakan itu juga katanya tidak lebih daripada drama untuk meredakan kebencian dunia kepada Israel dan Amerika Syarikat selepas kekejaman yang berlaku di Gaza.

Kebenaran penghantaran bekalan makanan dan ubat-ubatan itu dibuat ketika Biden menawatkan lawatannya dengan mengumumkan b antuan sebanyak AS100 juta kepada rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button