Gaza bermandi darah, 500 terbunuh dalam serangan di hospital
GAZA – Dianggarkan 500 terbunuh dalam letupan di sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza Gaza yang menjadi tempat ribuan penduduk yang mencari perlindungan daripada serangan tanpa belas kasihan dari Israel.
Serangan ke atas Hospital Al-Ahli Arab yang ,ula tular di media sosial awal pagi ini menunjukkan kesan serangan mengerikan dengan mayat bergelimpangan di kawasan hospital, kemusnahan bangunan dan peralatan hospital.
Mangsa-mangsa di hospital yang dikenali sebagai ‘Al-Ma’amadani’ itu terdiri daripada pesakit, ahli keluarga serta penduduk Palestin yang mencari perlindungan.
Kementerian Kesihatan di Gaza dalam kenyataan berkata, jumlah korban serangan paling dahsyat itu dijangka terus meningkat dan serangan itu juga menyebabkan operasi hospital semakin terhad.
Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Israel (IDF) menafikan serangan tersebut dilakukan mereka sebaliknya menuduh militan jihad Islam Palestin yang bertanggungjawab.
“Analisa mendapati serang berlaku serangan bertubi-tubi dilepaskan oleh militan di Gaza melepasi kawasan hospital itu sebelum kejadian.
“Serangan ini adalah serangan tersasar yang dilakukan kumpulan jihad Islam,” menurut kenyataan dikeluarkan negara haram itu kira-kira dua jam selepas serangan.
Serangan itu mencetuskan kemarahan di seluruh dunia sehingga mencetuskan protes ganas orang awam ke atas beberapa kedutaan Israel termasuk di Jordan.
Insiden itu juga menyaksikan sidang kemuncak empat negara di Amman, Jordan yang dijangka dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah al Sisi dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dibatalkan.
Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengutuk serangan itu dan menyifatkannya insiden paling berdarah sejak Israel melancarkan serangan balas dalam perang dengan Palestin ini.
Menurut Pengarah WHO Wilayah Mediterranean Timur, Ahmed Al-Mandhari, hospital dan rumah sakit tidak sepatutnya menjadi sasaran serangan kerana ia jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune