
Tiada kos tambahan baiki kerosakan padang Stadium Bukit Jalil
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan, sebarang pembaikan rumput di padang Stadium Nasional Bukit Jalil tidak melibatkan kos tambahan kerana adanya tapak semaian Zeon Zoysia yang telah disediakan bersekali dengan stadium tersebut.
Beliau berkata, tapak semaian itu telah disediakan sebagai sebahagian daripada perancangan penyelenggaraan padang.
“Perbadanan Stadium Malaysia komited untuk menyediakan stadium padang bola sepak bertaraf dunia untuk kegunaan pasukan Harimau Malaya.
“Saya percaya Stadium Nasional Bukit Jalil di bawah jagaan kontraktor mahir rumput Zeon Zoysia akan membuahkan hasil padang yang sempurna untuk pembangunan bola sepak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Hannah menegaskan usaha dalam mengimbangi keperluan pasukan Harimau Malaya dengan pemeliharaan dan pertumbuhan rumput Zeon Zoysia merupakan suatu tugas yang tidak boleh diambil mudah.
Katanya, ini kerana Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan Rumah Harimau Malaya.
Kualiti padang di stadium tersebut mendapat kritikan banyak pihak ketika perlawanan antara Harimau Muda dan India selepas rumput tercabut di beberapa kawasan.
Keadaan tersebut bukan sahaja mendapat kritikan peminat tempatan malah, turut mendapat tumpuan peminat bola sepak khususnya di India yang mengkritik kualiti padang baharu itu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |