
PRK Kemaman pada 2 Disember ini, penamaan calon pada 18 November
KUALA LUMPUR – Tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu ditetapkan pada 2 Disember ini.
Perkata itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang media berkaitan tarikh penting PRK berkenaan di sini hari ini.
Bagi pilihan raya itu, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 November manakala hari mengundi awal ditetapkan pada 28 November ini.
“DPPR PRK parlimen Kemaman mengandungi sebanyak 141,790 pemilih yang terdiri daripada 141,382 orang pengundi biasa, 387 orang anggota polis, sembilan anggota tentera dan pasangan serta 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
“Pilihan raya ini memerlukan peruntukan sebanyak RM3.5 juta,” katanya.
Abdul Ghani berkata, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Parlimen Kemaman adalah terkini sehingga DPPR Tambahan Bulan Ogos 2023 yang dikemas kini sehingga 3 Oktober.
“DPPR ini mengandungi seramai 141,790 orang pemilih yang terdiri daripada 141,382 orang pengundi biasa, 387 orang anggota polis, sembilan (9) orang anggota tentera dan pasangan, dan 12 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
“DPPR bagi PRK ini akan mula dijual pada 14 November 2023 (Selasa),” katanya.
Pilihanraya semula bagi kerusi Parlimen Kemaman diputuskan Mahkamah Pilihanraya Terengganu selepas membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.
Keputusan itu dibuat pengundi yang berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi.
Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 53 buah dengan 248 tempat mengundi.
Seramai 2,102 petugas akan menjalankan proses pilihan raya yang menelan belanja RM3.5 juta itu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |