Berita Semasa

PM terima panggilan Ismail Haniyeh, tegaskan Malaysia beri sokongan penuh kepada Palestin

KUALA LUMPUR – Malaysia memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin yang kini sedang berhadapan dengan serangan ‘menggila’ oleh rejim Zionis di Gaza.

Perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dalam perbualan telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh semalam.

Dalam perbualan itu, Anwar turut menyokong supaya pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah.

“Ia juga penting bagi Israel untuk meninggalkan kepatuhan mereka kepada politik pelupusan, segera gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar meneruskan penyelesaian damai untuk menamatkan konflik yang berterusan.

“Adalah penting dan paling penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas oleh krisis ini,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia juga komited untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, terutamanya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan mereka yang memerlukan.

Show More

Related Articles

Back to top button