Berita Semasa

[VIDEO] Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan buat penstriman langsung ucapan di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan membuat penstriman langsung menerusi akaun media sosial mereka ketika sedang berucap di Dewan Rakyat mulai hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika menjelaskan larangan itu berkata, tindakan berkenaan jelas tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 35(1), yang mengkehendaki Ahli Parlimen untuk mengarahkan sebarang ucapan kepada Pengerusi.

“Untuk memastikan Yang Berhormat mematuhi Peraturan Mesyuarat 35 (1), saya dengan ini menetapkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak lagi dibenarkan untuk memasang sebarang peranti bagi membuat ‘live streaming’ (penstriman langsung) dalam Dewan Rakyat,” katanya pada permulaan sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Tambah beliau, persidangan Dewan Rakyat boleh ditonton melalui YouTube rasmi Parlimen Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan media massa yang lain.

Menjawab celahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang tidak bersetuju dengan arahan tersebut, Johari menjelaskan tindakan itu dilakukan apabila beliau mendapati Ahli Parlimen hilang fokus di Dewan Rakyat, apabila bercakap atau berinteraksi dengan audiens menerusi media sosial.

Show More

Related Articles

Back to top button