Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Polis tahan tukang kebun sekolah, disyaki bunuh jaga

IPOH – Seorang tukang kebun sebuah sekolah di Bandar Seri Botani di sini, ditahan polis selepas disyaki membunuh pengawal keselamatan di sekolah yang sama, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa berusia 43 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, bersandar di dinding pondok pengawal sekolah pada jam 3.34 pagi.

Katanya, susulan kejadian suspek lelaki berusia 55 tahun ditahan dan permohonan reman akan dibuat hari ini.

Siasatan awal mendapati, motif pembunuhan adalah disebabkan ketidakpuasan hati terhadap mangsa yang enggan membantu membuat persiapan program sekolah.

“Tangkapan dibuat dan polis berjaya merampas senjata yang digunakan suspek.

“Keputusan bedah siasat mangsa menunjukkan punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian abdomen,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Show More

Related Articles

Back to top button