Berita SemasaPM X

Belanjawan 2024: KKM terima peruntukan tertinggi

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima peruntukan tertinggi pada Belanjawan 2024 berbanding kementerian lain iaitu sebanyak RM41.2 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM5.5 bilion daripadanya adalah untuk memperoleh bekalan ubat, bahan guna habis, reagen dan vaksin.

“(Bagaimanapun) Malaysia masih belum memenuhi nisbah seorang doktor kepada 400 pesakit. Ke arah itu, ketercapaian kemudahan kesihatan akan terus ditingkatkan bagi menyurai kesesakan,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 204 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, bagi tahun hadapan, beberapa projek pembangunan baharu akan mula dilaksanakan antaranya:

– Kompleks Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Fasa 1 di Kota Tinggi, Johor dengan kos RM938 juta;

– Kerja awalan bagi Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2, Johor Bahru, Johor;

– 9 Blok Patologi Tambahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan dengan kos RM175 juta;

– Bangunan tambahan Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor; serta

-Lima buah klinik kesihatan baharu antaranya di Rantau, Negeri Sembilan; Kuala Tahan, Jerantut, Pahang; Kuala Jengal, Dungun, Terengganu dan Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah dengan kos RM150 juta,

– Kerajaan turut menyokong hasrat Sarawak untuk membangunkan sebuah Institut Kanser di Sarawak.

Show More

Related Articles

Back to top button