Berita Semasa

Belanjawan 2024 dibentang pukul 4 petang ini – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan 2024 Malaysia Madani akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada jam 4 petang ini.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran dalam laman rasmi Facebook miliknya hari ini.

“Moga intipati pembentangan ini dapat membimbing ekonomi kita ke tahap lebih baik dalam berdepan tantangan global masa kini selain menyokong agenda pembangunan dan kebajikan negara, Insya-Allah,” katanya.

Semalam, Anwar meluangkan masa di Hari Tinjauan Belanjawan 2024 bagi persiapan terakhir Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan.

Dalam sesi ini, beliau turut menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button