Berita Semasa

CBP sertai ICCMY2023, terap kesedaran pelihara alam sekitar

CYBERJAYA – Seramai 70 orang kakitangan dan sukarelawan Co-opbank Pertama (CBP) bersama komuniti setempat menyertai International Coastal Clean-Up 2023 (ICCMY2023) di Pulau Selakan, Semporna, baru-baru ini.

Program tersebut diadakan bagi menerapkan kesedaran mengenai alam sekitar dan kesan pemanasan global selaras dengan komitmen kearah mencapai matlamat sebagai negara bebas karbon menjelang 2050.

Program International Coastal Clean-Up 2023 merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Reef Check Malaysia dengan kerjasama Badan NGO Ecodistrict Association dan Luma’ Selakan Eco Resort bersama penyelaras program, Stylo Events.

“… program seperti ini dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan ekosistem alam sekitar dan sosio ekonomi yang menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat dengan menjalinkan kerjasama stategik diantara agensi kerajaan, sektor korporat, badan NGO dan komuniti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar dalam satu kenyataan, semalam.

Selain aktiviti pembersihan pantai, CBP juga telah membina arca Eco-Bricks Wall Art yang dirasmikan oleh Khairil Anuar bersama Ketua Pegawai Perniagaan CBP, Mohd Rafis Makhtar.

Pembinaan arca berkenaan menggunakan botol plastik yang hanyut dari laut sebagai contoh dimana sampah dari laut seperti plastik botol sampah dapat dimanfaatkan secara kreatif untuk pelbagai kegunaan.

Hampir 2,000 botol plastik botol berjaya dikutip pada program ini, dimana setiap botol plastik bersaiz 1.5liter menghasilkan impak pencemaran alam sekitar 160 gram jejak karbon yang dilepaskan dan menjejaskan alam sekitar.

Show More

Related Articles

Back to top button