Berita Semasa

Karate hadiahkan emas keenam negara

HANGZHOU – Malaysia menambah satu lagi pingat emas menerusi acara karate kumite.

Altet negara, Muhammad Arif Afifuddin menyumbang pingat emas keenam untuk Malaysia selepas menjuarai acara kumite bawah 87 kilogram dengan menewaskan peserta Kazakhstan, Daniyar Yuldashev

Arif merekodkan kemenangan ke atas Thanh Nanh Do dari Vietnam di pusingan 16, Sandi Virmanshah (Indonesia) di suku akhir sebelum mengatasi Baek Junhyeok (Korea Selatan).

Halangan terakhirnya merupakan wakil Kazakhstan yang juga, pemenang pingat gangsa edisi Jakarta-Palembang 2018.

Setakat hari ini Malaysia berjaya mendapat 6 emas, 8 perak dan 18 gangsa.

Esok merupakan hari terakhir untuk kejohanan Sukan Asia.

 

Show More

Related Articles

Back to top button