Berita Semasa

‘Kelihatan berlaku percampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki’ – JAKIM

Dakwaan solat jemaah bercampur lelaki dan wanita tidak tepat

CYBERJAYA – Dakwaan bahawa berlaku percampuran jemaah lelaki dan wanita ketika menunaikan solat berjemaah di Cameron Highlands, Pahang, baru-baru ini, adalah tidak tepat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menjelaskan, video tersebut dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara yang diadakan baru-baru ini.

“Program itu adalah anjuran bersama JAKIM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Persatuan Insaf Pahang (Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Komuniti Hijrah Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT)), beberapa agensi dan institut pengajian tinggi (IPT) lain,” kata JAKIM dalam satu hantaran di laman Facebook mliknya, hari ini.

Menurutnya, peserta adalah majoriti kumpulan transgender yang hadir secara sukarela.

“Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah. Ada juga dalam kalangan mereka yang masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita.

“Ketika solat berjemaah, kelihatan berlaku pencampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki mengikut jantina asalnya.

“Proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa. Mohon sama-sama kita doakan,” katanya.

Sebelum ini, tersebar sebuah video yang memaparkan jemaah sedang solat bercampur saf antara lelaki dan wanita dan mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

Show More

Related Articles

Back to top button