Enam kawasan Lembah Klang rekod kualiti udara tidak sihat
CYBERJAYA – Enam kawasan di Lembah Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan melebihi 150 setakat pukul 11 pagi tadi.
Berdasarkan kemas kini laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Cheras mencatatkan IPU tertinggi dengan 163, diikuti Shah Alam dan Banting masing-masing 156; Petaling Jaya dan Putrajaya (155); dan Batu Muda (152).
Bacaan udara tidak sihat turut dicatatkan di negeri lain seperti di Negeri Sembilan, melibatkan tiga stesen iaitu Nilai (163); Seremban (158); dan Port Dickson (155).
Di Melaka, stesen di Bukit Rambai merekodkan bacaan IPU 152.
Untuk rekod, bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik; 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat; 301-400 berbahaya; 401-500 sangat bahaya, dan bacaan lebih 501 menandakan kecemasan.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune