Berita SemasaPM X

‘Saya sedang berfikir’ – PM Anwar

Jawapan Anwar ketika ditanya mengenai rombakan Jemaah Menteri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sedang memikirkan mengenai rombakan Jemaah Menteri.

“Saya sedang berfikir,” kata Anwar ringkas kepada pemberita, selepas majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan dalam jawapan ringkas berkata, jemaah menteri tidak ada membincangkan isu itu.

“Mengenai (desas-desus) ada berlaku rombakan menteri, tiada dibincangkan mesyuarat mingguan Kabinet pada hari ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Isu rombakan menjadi polemik susulan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kosong kerana kematian penyandang, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan portfolio berkenaan dikatakan bakal diisi pemimpin kanan daripada Parti Amanah Negara sebagai memenuhi kuota parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Show More

Related Articles

Back to top button