Berita Semasa

Bekas Ratu Cantik antara tiga rakyat Malaysia berjaya tawan puncak tertinggi benua Afrika

Persediaan daki Gunung Ama Dablam, Gunung Everest

CYBERJAYA – Ratu Cantik Malaysia 2017, Datin Harveen Kaur dan dua lagi rakyat Malaysia berjaya menawan Gunung Kilimanjaro di Tanzania pada 24 Sept lalu.

Harveen, 44, dan dua lagi, Muhammad Ali dan Sharmaine Izani Wan Sarbi berjaya melengkapkan ekspedisi pendakian tersebut dalam masa lapan hari.

Gunung Kilimanjaro merupakan gunung tertinggi di benua Afrika dengan ketinggian 5,895 meter (m) dari aras laut.

Menurut Pengasas Zeroto8000, Mohd. Khafiz Bachok, pendakian ini merupakan sebahagian dari persediaan untuk mendaki Gunung Everest dan Gunung Ama Dablam di Nepal.

“Berslogankan Inspire Malaysia, pendakian ini bertujuan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya berusaha berdikari untuk mencapai impian masing-masing.

“Selain Gunung Kilimanjaro, Harveen bakal melakukan beberapa siri latihan di negara Iran, Nepal, Indonesia dan Argentina sebelum mendaki puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada tahun 2025,” kata Khafiz dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau seterusnya menambah, Harveen yang turut ditemani anak beliau, Avaneesh Mohandas dan Akhilesh Mohandas akan kembali ke tanah air bersama pendaki lain pada 28 Sept nanti.

Show More

Related Articles

Back to top button