Berita Semasa

Tindakan MCMC berlandaskan undang-undang, aduan awam

Tidak rujuk menteri sebelum ambil tindakan

CYBERJAYA – Segala tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) adalah berlandaskan undang-undang dan dilakukan dengan kerjasama polis berdasarkan aduan awam.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, suruhanjaya tersebut juga tidak pernah merujuk kepada beliau sebelum sebarang tindakan diambil termasuk dalam hal sekatan terhadap portal media tempatan.

“Mereka tidak merujuk pun kepada saya sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Saya juga menghormati pandangan wartawan sama ada veteran ataupun muda, bagi saya mereka semua penting,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Malaysia Digital Expo 2023, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian dijangka akan membentangkan cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia di Parlimen pada tahun depan.

“Saya berharap semua pihak mengingati antara satu lain. Walaupun kita menyentuh soal kebebasan media dan bersuara, ia tidak bermakna hak tersebut boleh disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah,” tegasnya.

Show More

Related Articles

Back to top button