Berita Semasa

Konsep Malaysia Madani boleh diterjemah, wujudkan hubungan lebih baik dengan negara lain – PM

NEW YORK – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip dan nilai yang diperkenalkan dalam konsep Malaysia Madani boleh diterjemahkan dalam konteks hubungan antara semua negara bagi mewujudkan dunia yang lebih baik di masa hadapan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78 di New York sebentar tadi.

“Awal tahun ini, saya memperkenalkan “Malaysia Madani” iaitu visi yang dibina di atas tonggak nilai teras yang kami percaya sangat diperlukan dalam mana-mana masyarakat yang harmoni, berkembang maju dan damai; Belas kasihan, Hormat, Amanah, Inovasi, Kemakmuran, dan Kemampanan.

“Asas, prinsip dan nilai moral ini juga terpakai dalam konteks hubungan kita dengan negara-negara lain. Sama ada G7, atau G20 atau G77 atau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau FTA terbesar di dunia, tidak dapat dinafikan bahawa kerjasama pelbagai hala adalah ‘sine qua non’ untuk mana-mana penyelesaian yang berkesan dan mampan terhadap krisis yang berlaku,” katanya.

Dalam hal ini, katanya, Malaysia yakin dengan komitmen yang diberikan terhadap PBB semua negara, tidak kira besar atau kecil, kaya atau miskin, kuat atau lemah, mempunyai tanggungjawab bersama ke arah mewujudkan dunia yang lebih baik untuk esok.

“Malaysia yakin kita boleh mencapainya melalui kepercayaan yang lebih besar dan mengukuhkan multilateralisme. PBB boleh menjadi alat untuk membawa kita daripada kegelisahan ke masa depan yang lebih cerah, daripada ketidakpastian kepada keyakinan, dan daripada kelemahan kepada daya tahan,” ujarnya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button