PM X

PM beri jaminan harga beras tempatan tidak naik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa harga beras tempatan tidak akan mengalami peningkatan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau tidak mengambil ringan isu tersebut, malah beliau telah mengarahkan menteri-menteri yang dipertanggungjawabkan untuk turun ke lapangan bagi memantau isu berkenaan.

“Walaupun kita beri jaminan harga beras tempatan tidak naik tapi ada laporan tentang kekurangan di beberapa tempat dan mesti ditangani dengan baik, cuma saya harap Ahli Yang Berhormat faham (contohnya) kenaikan harga bawang, fahamkanlah bahawa sejak Ogos lalu duti eksport bawang dari India naik 40 peratus.

“Kita kena faham ini, dan India buat keputusan naikkan duit eksport bawang 40 peratus dan tentunya bagi kita dari Malaysia yang membeli bawang dari India akan terkesan dari harga itu begitu juga keputusan India bulan lalu untuk hadkan (eksport) beras putih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat semalam.

Mengulas mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, Anwar memaklumkan, pihak kerajaan terbuka untuk berunding mengenainya, namun terasnya, pemberian peruntukan

tersebut harus mengikut prosedur yang dipersetujui terlebih dahulu seperti yang dilakukan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Tegasnya lagi, beliau telah melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai wakil daripada blok kerajaan bagi mengetuai perbincangan tersebut.

“Keputusan muktamad daripada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, seperti mana yang diluluskan Bera (Ismail Sabri) semasa dia menjadi Perdana Menteri, peraturan yang lebih kurang kita guna. Hendak peruntukan, bincang…runding, jangan sombong dan angkuh,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button