Berita Semasa

Weng San Speaker DUN Selangor

SHAH ALAM – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Penggal Pertama Mesyuarat DUN Ke-15.

Nama beliau dicadangkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dengan disokong ADUN Banting, V. Papparaidu.

Setelah pengundian dilaksanakan, Weng San menerima 34 undi bertulis bagi menggantikan penyandang, Ng Suee Lim.

Beliau kemudian mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah sebagai Speaker DUN Selangor.

Pada masa sama, ADUN Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin turut dilantik sebagai timbalan speaker.

Terdahulu, dewan itu melakukan undi sulit yang memerlukan semua ADUN menulis sokongan dan menandatangani kertas undi berkenaan.

ADUN Sijangkang, Datuk Ahmad Yunus Hairi turut bangkit mencadang nama Mohd Fuad Mohd Salleh sebagai Speaker DUN Selangor namun beliau hanya memperoleh 22 undian.

Show More

Related Articles

Back to top button