Berita SemasaSukan

Tujuh gigi pemain bola sepak China terpaksa dicabut selepas pelanggaran

CYBERJAYA – Tujuh gigi pemain pertahanan China, Li Shuai terpaksa dicabut selepas insiden pelanggaran dengan pemain Harimau Malaya, Syahmi Safari pada aksi persahabatan antarabangsa di Chengdu, Sabtu lalu.

China Sports Vision 2050 melaporkan, pemeriksaan mendapati tulang belakang Shuai tidak terjejas, namun pasukan perubatan terpaksa mencabut giginya susulan hentakan kuat di muka.

Insiden pelanggaran tersebut berlaku lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Terkini, pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan berita itu pastinya melegakan ketua jurulatih Negara Tembok Besar, Aleksandar Jankovic.

Pada perlawanan di Stadium Phoenix Hill pada Sabtu, Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon mendahului tuan rumah pada minit ke-11 menerusi Faisal Halim, namun China menyamakan kedudukan menerusi Lin Liangming pada minit ke-36.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Show More

Related Articles

Back to top button