Berita Semasa

Penyampai berita terkenal, Raymond Goh meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Penyampai berita TV3, Raymond Goh disahkan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi tadi di Hospital Asunta.

Berita sedih itu dikongsi oleh ahli keluarganya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, selepas solat Asar hari ini.

Dalam pada itu berita sedih itu turut dikongsi melalui Buletin TV3 sebentar tadi.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Penyampai berita Nightline, TV3, Raymond Goh @ Muhammad Zaman Goh meninggal dunia pagi tadi,” katanya.

Allahyarham sebelum ini berada dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar dan menerima rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Raymond memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada siaran Nightline di stesen televisyen berkenaan.

Allahyarham telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.

Show More

Related Articles

Back to top button