Berita SemasaPM X

Nasib rakyat Palestin perlu konsisten disuarakan – PM Anwar

JAKARTA – Malaysia harus konsisten menyuarakan pandangan tentang nasib rakyat Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dunia seolah-olah hanya mengambil berat tentang konflik peperangan di antara Ukraine dan Rusia, sekaligus wujud kesenjangan mahupun berat sebelah dalam isu tersebut.

“… ketegasan Malaysia yakni satu-satunya negara yang menyuarakan pandangan susulan penindasan berterusan Israel ke atas Palestin, yang sudah berlarutan sejak 75 tahun lepas.

“Sebelum pulang ke tanah air, saya bangkitkan hal ini juga dalam sidang media selain turut dikongsi berkenaan konsensus ASEAN yang dihormati kuasa-kuasa besar dunia,” kata Anwar dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, malam tadi.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta melabuhkan tirainya petang semalam dan kata Perdana Menteri, walaupun adakalanya terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan negara-negara ASEAN, konsensus yang dipersetujui bersama ialah rantau ini perlu dikekalkan kesatuan, keamanan dan kekal neutral.

“Kebhinekaan topik, isu semasa, masalah dilontarkan ke meja rundingan termasuk dari saya sendiri yang mewakili kerajaan Malaysia demi kemajuan dan kemakmuran sejagat.

“Berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta hari ini bukan penanda penamat kepada usaha memajukan benua ini sebaliknya menuntut rakan-rakan pemimpin untuk terus bekerja keras mencari solusi kepada isu dibangkitkan selain kebersamaan berkaitan peluang-peluang kerjasama yang dapat diterokai kelak,” kata Anwar lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button