Berita Semasa

Harga beras tempatan dijamin tidak naik – Mohamad Sabu

CYBERJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan harga beras tempatan tidak akan mengalami kenaikan, manakala harga beras import pula bergantung kepada pasaran.

Jaminan itu diberikan oleh Menteri Pertanian, Mohamad Sabu selepas menghadiri sesi dialog Belanjawan 2024 KPKM bersama pemain industri di bawah subsektor padi dan beras di Serdang, hari ini.

“Yang penting, harga beras tempatan tidak naik, kekal dengan RM26 sekampit atau RM2.60 sekilogram,” kata Mohamad.

Berhubung dakwaan penukaran kampit beras tempatan kepada beras import, Mohamad berkata: “Kalau ada, sila bawa bukti, aduan rasmi.”

Sementara itu, mengenai sesi dialog berkenaan, Mohamad berkata, rata-rata pemain industri dan pihak berkepentingan membangkitkan isu subsidi dan pengairan padi kurang sempurna.

“Maka, mereka menuntut kalau nak naikkan hasil padi, pengairan mesti sempurna serta kerajaan kena mengawal terutama harga racun, harga baja dan sebagainya untuk mereka mengeluarkan ‘output’ lebih baik pada masa akan datang.”

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Azman Mahmood mengakui ada kenaikan harga beras import di pasaran.

Katanya, ia susulan langkah Padiberas Nasional Bhd (Bernas) menyelaras harga jualan beras putih import kepada RM3,200 per tan metrik mulai 1 Sept lalu, selain pasaran dunia turut menyaksikan kenaikan harga beras import.

Show More

Related Articles

Back to top button