Berita Semasa

Azam serah pegawai penyiasat siasat lanjut kes Zahid

SEPANG – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyerahkan kepada pegawai penyiasatnya untuk menjalankan siasatan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau dibebaskan Mahkamah Tinggi atas pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Azam Baki ditanya sejauh mana agensi itu akan menjalankan siasatan setelah Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Tinggi, kelmarin.

“Itu saya tak pasti, saya serahkan kepada pegawai saya untuk siasat. Saya juga fikir apa yang diperjelaskan di mahkamah, dikemukakan oleh pihak pendakwaan, itu adalah jawapannya,” jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-2, di sini hari ini.

Ditanya mengenai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya yang mengkritik tindakan pendakwaan menghentikan prosiding tersebut, Azam berkata, beliau tidak mahu mengulas perkara tersebut.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Jelas Pejabat Peguam Negara (AGC), permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Ahli Parlimen Bagan Datok itu daripada keseluruhan 47 tuduhan itu dibuat berdasarkan alasan yang dikemukakan dan diterima oleh mahkamah dan disifatkan oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah sebagai kukuh.

Selain itu, pihak pendakwaan juga menyatakan amat penting untuknya serta SPRM meneliti dan menyiasat dakwaan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu bahawa beliau menjadi mangsa pendakwaan terpilih kerajaan terdahulu.

Show More

Related Articles

Back to top button