Berita Semasa

Peguam Negara tegaskan alasan mahkamah bebaskan Zahid Hamidi kukuh

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya dibuat berdasarkan alasan yang dikemukakan dan diterima mahkamah.

Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang membuat keputusan terbabit sudah menyatakan alasan dikemuka pihak pendakwaan adalah kukuh.

“Merujuk kepada laporan media bahawa tindakan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Ahmad Zahid sebagai tidak bermoral, jabatan ini ingin menegaskan permohonan untuk melepas tanpa membebaskan dibuat kepada mahkamah berdasarkan kepada alasan- alasan yang dikemuka dan telah pun diterima oleh mahkamah.

“Semasa membuat keputusan tersebut, hakim menyatakan alasan-alasan yang dikemuka oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent),” katanya.

Semalam, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button