Berita SemasaJom Ronda

Jelajah Campervan: Tourism Malaysia promosi percutian gaya santai

KUALA LUMPUR – Seramai 11 orang peserta Program Jelajah Campervan Pantai Timur 2023 (JCPT) anjuran Tourism Malaysia akan merasai pengalaman percutian menaiki motorhome selama empat hari bermula hari ini.

Menurut Pengarah Tourism Wilayah Tengah, Azmi Abdullah, percutian menggunakan motorhome ini bukanlah perkara asing di negara-negara eropah termasuk di Jepun, Australia dan Amerika Syarikat.

Justeru, katanya, Tourism Malaysia telah mengambil langkah proaktif bagi merancakkan industri pelancongan tempatan menerusi percutian menggunakan kenderaan rekreasi (RV) tersebut.

Pengarah Tourism Wilayah Tengah, Azmi Abdullah.

”Melalui program ini, peserta akan dibawa untuk alami sendiri satu pengalaman baru dan unik bercuti menggunakan campervan.

”Percutian gaya ini telah lama popular di negara luar yang kini menjadi antara pilihan percutian keluarga di Malaysia, terutamanya yang inginkan kebebasan masa, keselesaan, kebersamaan keluarga serta mengurangkan hubungan dengan orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Azmi merasmikan Majlis Flag-Off Jelajah Campervan Pantai Timur 2023 (JCPT) di Pusat Pelancongan Malaysia di ibu negara hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, konsep percutian santai atau lebih dikenali sebagai ‘healing’ kini, kian mendapat tempat selepas berakhirnya pandemik Covid-19 di negara ini.

“Percutian ini mungkin tidak sama dengan pengalaman cuti biasa kerana  konsepnya  yang lebih santai dengan keperluan minimum tapi mencukupi untuk memberikan keselesaan.

”Segmen ini perlu dibangunkan memandangkan ia semakin mendapat tempat dan minat oleh para pelancong dalam negara kita. Konsepnya bergantung ruang dan kemudahan maka pengunjung akan menuju di hotspot sesuatu kawasan berkenaan,” ujarnya lagi.

Motorhome yang digunakan bagi Program Jelajah Campervan Pantai Timur 2023 (JCPT).

Untuk rekod, program JCPT yang disertai oleh pengamal media termasuk Malaysia Tribune dan para blogger serta pengendali pusat percutian dalam negara ini dijadualkan tiba di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan pada hari ini, bagi melawat Muse Eco Park, di Gua Musang serta bermalam di Lata Kashmir, Jeli.

Konvoi akan diteruskan di Terengganu dan berakhir di Kuantan, Pahang masing-masing pada 3 dan 4 September ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button