Berita SemasaPM X

[VIDEO] Sultan Selangor cemar duli pengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-70

CYBERJAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj hari ini mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.

@malaysiatribune

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj hari ini mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Anwar turut menzahirkan penghargaan terhadap ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut. “Kerajaan Perpaduan (akan) terus siapsiaga menambahbaik hal ehwal Islam di Malaysia agar inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam malah rahmat kebaikan Islam dirasai oleh masyarakat bukan Islam,” kongsi Anwar lagi. #Malaysiatribune #tekadperpaduanpenuhiharapan #kerajaanperpaduan #malaysiamadani #MKI #halehwalagama #agamaislam #perpaduan #inklusif #sultanselangor #selangor #anwar #anwaribrahim #pmx #negeri #islam #malaysia #fyp

♬ Motivational – D’Santos

Kata Anwar, keberangkatan Sultan Selangor menzahirkan keprihatinan baginda terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

“Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja.

“Patik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan,” kata Perdana Menteri.

Anwar turut menzahirkan penghargaan terhadap ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

“Kerajaan Perpaduan (akan) terus siapsiaga menambahbaik hal ehwal Islam di Malaysia agar inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam malah rahmat kebaikan Islam dirasai oleh masyarakat bukan Islam,” kongsi Anwar lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button