
Saya akan dedah pembohongan Presiden PAS – Mat Sabu
MUAR – Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata beliau akan membuat pendedahan mengenai segala pembohongan dilakukan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Mohamad berkata, sudah tiba masanya rakyat negara ini mengetahui perkara sebenar yang menjadi punca PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
“Semalam Presiden PAS ‘tembak’ mengatakan mereka tinggalkan Pakatan Rakyat kerana parti DAP tolak hudud. Saya tidak akan jawab malam ini, saya akan jawab malam esok (Isnin) di Simpang Jeram, Muar.
“Saya akan jawab malam nanti bagaimana Presiden PAS membuat pembohongan kepada rakyat. Saya akan jawab satu persatu malam esok pembohongan itu.
“Aku bukan orang kecil, aku bekas Timbalan Presiden PAS. Jangan tipu rakyat di atas kopiah kamu itu, ‘no more,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Mohamad berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perpaduan Pulai di Nusa Bestari, Johor Bahru semalam.
Hadi sebelum ini dilaporkan mendakwa sebahagian pemimpin parti Amanah yang berasal dari PAS bertindak meninggalkan parti itu kerana tidak mahu menerima kekalahan dalam pilihan raya.
Hadi juga menyifatkan pemimpin yang meninggalkan parti itu sebagai lemah semangat sehingga meninggalkan perjuangan PAS.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |