Berita Semasa

Presiden Pas dipanggil Bukit Aman sentuh isu 3R

KUALA LUMPUR – Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman hari ini mengesahkan memanggil Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk memberi keterangan berhbung kenyataan ceramahnya yang menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi di raja).

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Abdul Hadi di dalam ceramahnya di Simpang Jeram, Johor telah mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan yang mempunyai kaitan dengan institusi di raja.

Sehubungan itu, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan dalam ceramah Ahli Parlimen Marang itu.

“Saya sahkan pihak JSJ sudah menghubungi (Abdul Hadi) untuk proses rakaman percakapan bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Pihak JSJ telah menghubunginya bagi mendapatkan masa yang sesuai untuk rakaman percakapan,” katanya memetik BH online hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Shuhaily meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Dalam suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor, semua pemimpin politik dan orang ramai diingatkan untuk tidak membangkitkan sebarang isu berkaitan 3R,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button