PM ucap tahniah kepada Muhammad Qayyim johan tilawah antarabangsa
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang dinobat sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M malam tadi.
Ucapan itu dimuat naik dalam laman media sosial Perdana Menteri hari ini.
“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang lain dalam majlis istimewa yang dengan Pengurniaan Hadiah daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
“Semoga majlis seperti ini bukan sahaja memuliakan al-Quran, malah ianya dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman melalui mesej yang terkandung dalam Al-Quran.
Muhammad Qayyim yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan berjaya mendapat markah sebanyak 94.96 peratus.
Dalam pada itu bagi kategori wanita peserta dari Maghribi, Sara Belmamoun muncul juara.
Bagi kategori hafazan, peserta dari Guinea, Omar Taure muncul johan manakala bagi kategori wanita dimenangi peserta dari Algeria, Tebani Cheyma Enfal.