Berita SemasaPM X

[VIDEO] PM umum peruntukan tambahan RM30 juta naik taraf Jalan Raya Timur-Barat

GERIK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf Jalan Raya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli.

Peruntukan tersebut adalah tambahan kepada peruntukan penyelenggaraan jalan tersebut yang dianggarkan kosnya sebanyak RM80 juta sehingga RM100 juta.

@malaysiatribune

#malaysiamadani #lebuhrayatimurbarat #anwaribrahim #fypシ #pmx

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, terdapat banyak permohonan peruntukan bagi penyelenggaraan jalan di seluruh negara dan permintaan itu akan dikaji dahulu sebelum dibentangkan Belanjawan Madani kedua yang akan dibentangkan pada Oktober depan.

“Tapi hari ini saya boleh lulus tambahan RM30 juta untuk perbaiki jalan,” kata Anwar dalam ucapan ketika melancarkan Kempen MyJalan Kementerian Kerja Raya (KKR), di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sebelum ini Alexander mengumumkan RM30 juta peruntukan awal daripada KKR bagi menaik taraf dan menyelenggara laluan tersebut.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh Malaysia berjumlah RM370 juta pada tahun ini.

Beliau berkata, RM300 juta adalah bagi penyelenggaraan jalan persekutuan yang tiada dalam syarat kontrak syarikat konsesi.

“RM20 juta peruntukan khas untuk jurutera daerah dan RM50 juta (bagi) pemasangan dan penyelenggaraan lampu di kawasan risiko tinggi kemalangan,” kata beliau lagi.

Perdana Menteri seterusnya menambah, kerajaan turut meluluskan RM250 juta bagi peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan kontraktor kecil bumiputera.

@malaysiatribune

#malaysiatribune #fypシ #pmx #anwaribrahim #lebuhrayatimurbarat #malaysiamadani

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Show More

Related Articles

Back to top button