Berita SemasaPM X

Agenda tingkatkan tatakelola diteruskan

Faktor penting hapuskan ketirisan, pembaziran

PUTRAJAYA – Agenda meningkatkan tatakelola dalam pentadbiran akan diteruskan kerana langkah itu merupakan faktor penting dalam menghapuskan ketirisan dan pembaziran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda sama akan turut menjadi faktor penarik pelaburan dan meningkatkan persekitaran perniagaan, malah menjaga keselamatan rakyat dan sempadan negara.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan 22 Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasa, petang semalam.

Pertemuan itu merupakan susulan kepada pertemuan yang diadakan pada 17 Ogos yang lalu.

“Adalah dianggarkan negara mengalami kerugian hasil sebanyak RM5 bilion setahun manakala jenayah kewangan yang menyumbang kepada ekonomi bayangan menyebabkan kehilangan hasil cukai yang dianggarkan sebanyak RM70 bilion setahun,” kata anwar dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan seterusnya berkata, memandangkan trend jenayah kewangan yang semakin kompleks, beliau turut mengarahkan supaya kesepaduan dan kerjasama di antara Agensi Kerajaan dilaksanakan dengan lebih proaktif dan efektif.

“Amalan perundangan berkaitan pengurusan aset yang disita dan dilucut hak akan ditambah baik sejajar dengan tadbir urus terbaik antarabangsa.

“Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) perlu menambahbaik operasi pemantauan untuk memastikan usaha ini terus dipertingkatkan,” kata Anwar lagi.

Perdana Menteri turut merakam penghargaan kepada semua anggota agensi yang terus bertungkus lumus untuk memerangi dan menumpaskan jenayah ini, dan menyeru supaya rakyat turut bekerjasama dan terlibat sama.

“Adalah menjadi harapan besar buat saya dan seluruh rakyat Malaysia agar kesemua warga dan anggota Agensi untuk meneruskan usaha murni ini dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti demi mengangkat martabat negara,” kata Anwar lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button