Berita Semasa

Laporan awal siasatan nahas Beechcraft diketahui dalam masa sebulan

KUALA LUMPUR – Laporan awal siasatan nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam akan diketahui dalam masa 30 hari.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah memulakan siasatan teknikal pada hari pertama kemalangan berlaku.

“Siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13) telah dimulakan oleh BSKU sejak hari pertama nahas.

“Tujuan utama penyiasatan adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan, dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan,” menurut kenyataan di Facebook kementerian itu har ini.

Kenyataan MOT

Bagaimanapun, penyiasatan yang dilakukan tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti

Sementara itu, MOT memohon bantuan orang awam atau mana-mana pihak yang mempunyai sebarang bentuk rakaman video atau gambar yang relevan untuk tampil mengemukakan bahan berkenaan.

“Bahan-bahan berkenaan boleh dihantar melalui emel bsku@mot.gov.my atau hubungi talian khas BSKU 03-8892 1235 (Lt Kol Juma’in Saadon TUDM).

Dalam kejadian Khamis lalu, pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang dalam penerbangan dari Langkawi terhempas di Shah Alam sebelum mendarat di lapangan terbang Subang.

Kemalangan membunuh 6 penumpang, dua pemandu dan dua pengguna jalan raya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button