Luar Negara

Insiden bubur terbakar, pesawat penumpang buat pendaratan cemas

SAINT PETERSBURG – Sebuah pesawat penumpang Rusia terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Khamis sejurus berlepas akibat insiden bubur terbakar di dalam ketuhar yang seterusnya merebak ke kabin utama.

Susulan kejadian, pesawat Airbus A320 milik Aeroflot yang membawa 152 penumpang itu bertindak segera menghubungi kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Sochi dan berjaya mendarat semula kira-kira 10 minit kemudian.

Jurucakap syarikat penerbangan itu memaklumkan, kebakaran itu berlaku kerana makanan tersebut tidak dibungkus mengikut standard ditetapkan.

“Ketuhar yang terbakar telah digantikan dan pesawat itu turut dibersihkan untuk operasi seterusnya,” ujarnya.

Kesemua penumpang yang menunggu selama lima jam bagaimanapun dibawa menaiki pesawat lain menuju ke Saint Petersburg.

Pada Rabu, sebuah pesawat dari Moscow ke bandar Novosibirk juga terpaksa mendarat cemas selepas seorang penumpang dilaporkan jatuh sakit secara tiba-tiba dan perlu mendapatkan rawatan segera di hospital.

Show More

Related Articles

Back to top button