Berita Semasa

Hak media, kebebasan bersuara diberi jaminan selagi tidak memfitnah, sebar maklumat salah

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan kepada hak kebebasan media dan bersuara selagi ia tidak disalah guna sebagai medium memfitnah dan menyebarkan maklumat yang palsu dan salah.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya turut tidak meletakkan status ‘dua darjat’ antara media rasmi dengan media lain yang berdaftar di bawah Jabatan Penerangan.

“Itu adalah jaminan dan pada masa sama kita tidak boleh benarkan kalau ada maklmat salah atau fitnah termasuk menyentuh aspek 3R untuk dimainkan mana-mana pihak.

“Walaupun ada kebebasan media, tetapi kita tidak bebas untuk fitnah atau menyebar maklumat salah,” katanya dalam sidang akhbar selepas selepas menghadiri pelancaran #DemiNegaraku & Home of Kids Campaigns anjuran Astro, di sini hari ini.

Berkenaan sekatan terhadap laman web TV Pertiwi, Fahmi memaklumkan beliau akan berhubung dan mendapatkan maklum balas dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Beliau bagaimanapun menambah, oleh kerana isu berkenaan sedang dalam siasatan polis, pihak MCMC secara prosedurnya tidak boleh memberikan sebarang komen memandangkan siasatan sedang berjalan.

“Jadi saya akan teliti perkara ini, sekiranya perlu kita minta MCMC beri penjelasan, tetapi sekiranya ada aspek penyiasatan, kita tidak akan masuk campur dan memberikan komen berlebihan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button