Berita Semasa

Netizen terkejut rider terlibat nahas kapal terbang di Elmina sepupu sendiri

CYBERJAYA – Identiti penunggang motosikal yang turut terbunuh dalam nahas pesawat Beechcraft Premier 1 di Elmina, Shah Alam siang tadi dikenal pasti sebagai Muhamad Hafiz Mohamad Salleh yang berasal dari Sidam, Kedah.

Perkhabaran duka tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Nurul Nazihah dalam satu hantaran.

“Allahuakbar.. patut la dok sedih sgt2, simpati dengan rider yang terbakar excident dgn Pesawat dkt Elmina ptg ni..

“Rupanya Adik sepupu sendiri weyh.. Allahh Allah.. awat laa kena dkt org yg ku kenal ni,” kata hantaran tersebut.

Nahas yang berlaku di Lebuh Raya Guthrie berhampiran Elmina pada kira-kira pukul 2.40 petang itu mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.

Turut terkorban, seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang sedang menggunakan lebuh raya tersebut ketika kejadian.

Setakat ini, identiti lapan mangsa yang menaiki pesawat malang tersebut sudah disahkan pihak berkuasa.

Show More

Related Articles

Back to top button